SEJAUH MANAKAH PENGETAHUAN ANDA MENGENAI DASAR EKONOMI BARU (DEB). JELASKAN RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM)
KOD SUBJEK : DUB 1012
NAMA PENSYARAH: ENCIK KAMAL HISHAM BIN ABDUL HALIM
AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD SHAZAZULHILMI BIN ZAINE
NURUL MAIZAN BINTI MAS HANAFIAH
FATIN NAJIAH BINTI SAKARIAH
ROSFAHANIS BIN MOHD NADZRI
SITI MARIAM BINTI NOORDIN
SESI: DIS 2017
PENDAHULUAN
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.
RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN
Secara umumnya, sejarah perancangan pembangunan Negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama, iaitu:
• Perancangan zaman sebelum merdeka
• Perancangan zaman selepas merdeka
• Perancangan selepas pelaksanaan dasar ekonomi baru
MAKSUD PEMBANGUNAN
Pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara daripada keadaan maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, social, pendidikan, psikologi dan sebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal, kebendaan dan bukan kebendaan.
Pembangunan ekonomi Negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam penggubalan dasar pembangunan ekonomi Negara sejak kemerdekaan sehingga kini. Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan Negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah Britsih sebelum ini.
Pembangunan Negara dirancang melalui dua rancangan utama, iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP).
DASAR EKONOMI BARU
Peristiwa 13 Mei 1969merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah Negara kita kerana ia melibatkan pertelingkahan dan rusuhan antara kaum. Berikutan dengan rusuhan kaum ini, kerajaan telah mengambil tindakan tegas bagi mengkaji semula matlamat, strategi, dan program pembangunan Negara. Selepas tahun 1970, program pembangunan Negara adalah berasaskan Rukun Negara yang diisytiharkanb pada 31 Ogos 1970. Dengan itu, semua rancangan pembangunan Negara dilaksanakan kearah perpaduan kaum. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi satu rangka rancangan panjang mencakupi tempoh selama 20 tahun (1970-1990).
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
l
Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi
l
Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar.
Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi kaum. Berasaskan kepada ketidakseimbangan antara kaum. Kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan dan pengangkutan. Bagi menjayakan matlamat kedua DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerninkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990:
Memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Negara yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaam Dasar Ekonomi Baru.
ASPEK KEMISKINAN
Aspek kemiskinan menjadi salah satu punca utama dalam DEB. Masalah kemiskinan yang melanda Negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu di kawasan luar Bandar, malahan di kawasan Bandar. Kaum bumiputera yang menguasai sektor pertanian tradisional merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan. Antara faktor utama ialah:
u
Bencana alama yang boleh menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman.

u
Kejatuhan barang eksport akibat kemelesatan ekonomi dunia.

u
Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran.

u
Corak pertanian tradisional, faktor-faktor social dan budaya.

u
Saiz isi rumah yang terlalu besar

Pelbagai usaha dipraktikkan untuk membasmi kemiskinan di bawah DEB seperti:
v
Mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua golongan, terutama yang menganggur.

v
Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

v
Memodenkan kehidupan di luar Bandar

v
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan Bandar

dan luar Bandar.
v
Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,

kemudahan infrastruktur dan lain lain.
Pencapaian DEB dalam usaha membasmi kemiskinan
Beberapa strategi yang telah digariskan, antaranya:
Pertama: Pembasmian kemiskinan mengikut kawasan luar Bandar dan kawasan Bandar
I. Kemiskinan di luar Bandar
Kumpulan miskin di kawasan ini terdiri daripada pekebun kecil, penanam padi, pekerja estet, nelayan dan penternak. Selepas pengenalan DEB, kadar kemisiknan pekebun kecil getah berkurangan daripada 64.7% (1970) kepada 40% (1987). Bidang-bidang lain juga turut menunjukkan kekurangan.
II. Kemisknan di Bandar
Kumpulan miskin di Bandar terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perdagangan dan perkhidmatan. Selepas pengenalan DEB kadar kemiskinan berjaya di kurangkan.
Kedua: Pembasmian kemiskinan mengikut negeri.
Jadual di bawah menggambarkan dengan jelas kadar kemiskinan di setiap negeri:
Kadar kemiskinan mengikut negeri, 1976, 1987, 1995 dan 2000
1976
|
1987
|
1995
|
2000
| |
Negeri
|
Kadar Kemiskinan
(%)
|
Kadar Kemiskinan
(%)
|
Kadar Kemiskinan
(%)
|
Kadar Kemiskinan
(%)
|
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Pulau Pinang
Perak
Perlis
Selangor
Terengganu
Kuala Lumpur
Sabah
Sarawak
|
29.0
61.0
67.1
32.4
33.0
38.9
32.4
43.0
59.8
22.9
60.3
9.0
58.3
56.5
|
11.1
31.1
31.6
11.7
21.5
12.3
12.9
19.9
29.1
8.9
36.1
5.2
35.3
2.7
|
3.1
12.7
22.9
5.3
4.9
6.8
4.0
9.1
11.8
2.2
23.4
0.5
22.0
10.0
|
2.5
13.5
18.7
5.7
2.5
5.5
2.7
9.5
13.3
2.0
14.9
2.3
20.1
6.7
|
Ketiga: Pembasmian kemiskinan dengan penyediaan keperluan asas dan mutu kehidupan
Secara keseluruhan, dengan pengenalan DEB didapati mutu kehidupan masyarakat bertambah baik. Misalnya, dalam aspek kesihatan kadar kematian bayi dan kadar kematian kasar semakin berkurangan.
Jangka hayat penduduk juga kian bertambah, Dalam aspek pelajaran pula, bilangan pelajar di sekolah rendah dan menengah menunjukkan peningkatan yang mendadak. Begitu juga dengan kadar masyarakat yang kenal huruf.
Bagi kemudahan-kemudahan awam, peratus penduduk luar bandar yang mendapat bekalan air paip dan bekalan elektrik serta kemudahan tandas yang sempurna kian meningkat.
PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT
Dasar pecah dan perintahyang diamalkan oleh British menyebabkan berlakunya tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu. Fenomena ini menyukarkan agihan kekayaan dan keadilan ekonomi sekaligus menyukarkan perpaduan kaum.
Justeru itu melalui DEB, kerajaan telah mengadakan usaha-usaha ke arah memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dalam usaha dan matlamatkerajaan untuk menyusun semula masyarakat, beberapa strategi utama digubal sebagaimana berikut:
v
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar bandar.

v
Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan bumiputera dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi supaya kaum bumiputera dapat menjadi rakan seperjuangan kepada kaum bukan bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden.

v
Menambahkan hakmilik rakyat dalam pemilikan modal produktif Negara termasuklah pemilikan saham dalam sektor syarikat supaya kaum bumipureta dapat memilik sekurang-kurangnya 30% saham dalam sektor syarikat, 40% oleh tempatan (bukan bumiputera) dan bakinya rakyat asing.

v
Menyusun semula corak guna tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat mencerminkan susunan kaum Negara menjelang.

DEB berjaya mengubah hamper keseluruhan sistem masyarakat majmuk di Malaysia DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti perbezaan etnik dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Hasilnya adalah positif dan dasar ini berjaya mencapai perpaduan nasional melaui falsafahnya, iaitu: Pembangunan Dengan Pengangihan Saksama.
Peningkatan ekonomi Negara dan kejayaan DEB terbukti apabila didapati inflasi berjaya dikekalkan pada kadar 4.6% dan keseluruhan kadar kemiskinan menurun. Kadar kemisikinan luar bandar, terutama menunjukkan penurunan daripada 50.9% pada tahun 1976 kepada 21.8% pada tahun 1990. Di samping itu, hak milik modal saham bumiputera meningkat daripada 2.4% pada tahun 1970 kepada 20.3% pada tahun 1990
RANCANGAN PEBANGUNAN LIMA TAHUN
RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)
Penyertaan rakyat dalam aktiviti pertanian yang dirancang turut menjana pendapatan negara
Dilancarkan mengikut projek-projek di bawah suatu perancangan pelabuhan sektor awam yang bersepadu.
Matlamat utama:

Strategi yang dilakukan:

a) Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953.
b) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Kedua-duanya berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup peduduk luar bandar.
RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)
Dilancarkan dengan beberapa kemajuan yang telah dicapai.
Matlama tutama:

· Memperbaiki kemudahan asas dan infrastruktur luar Bandar.
· 

· Menggiatkan projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA.
· 

· Mempelbagaikan jenis tanaman supaya import makanan dari luar Negara dikurangkan.
· 

· Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.
· Strategi yang dilakukan:
· 

· Rancangan ini diseliakan oleh satu jawatankuasa antara jabatan dengan bantuan sebuah urusetia ekonomi dan pakar perunding Bank Dunia.
· 

· Perancangan ini menggunakan dua kaedah iaitu perancangan dari atas kebawah dan perancangan dari bawah keatas.
· 

· Satu kajian menyeluruh dilaksanakan keatas perkembangan ekonomi Negara bagi beberapa tahun sebelumnya. Kerajaan memperuntukkan dua kali ganda bagi pembangunan berbanding dengan Rancangan Malaya Pertama.
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)
Matlamat utama:
l
Memberi tumpuan kepada tenaga manusia dan program keatas setiap sektor ekonomi.

l
Memberi penekanan keatas aspek integrasi antara penduduk di Malaysia termasuk

Sabah dan Sarawak.
l
Kerajaan telah menggubal satu program pembangunan khusus untuk meningkatkan

kebajikan semua rakyat samaada sektor awam atau swasta.
l
Tumpuan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi agar dinikmati oleh golongan miskin.

Strategi yang dilakukan:
l
Kerajaan menubuhkan beberapa agensi iaitu Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

(MIDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputera, Perbadanan Nasional
Berhad (PERNAS) dan Lembaga Penasihat Tarif.
l
Rancangan Malaysia Pertama memberikan kejayaan kepada pertumbuhan ekonomi yang

lebih pesat dan mantap.
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)
Kepelbagaian tanaman diperkenalkan semasa Rancangan Malaysia Kedua, menggantikan getah dengan kelapa sawit.
Matlamat utama:
· Dilancarkan untuk mengatasi sosioekonomi yang tidak seimbangan antara kumpulan etnik dengan kawasan-kawasan.
Strategi yang dilakukan:
l
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa

mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan memulih
ekonomi yang tidak seimbang serta menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi.
l
Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan pada tahun 1974.

l
Dalam tempoh RMK2, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah bertambah 7.4%

berpunca daripada sektor yang berikut:
· Pertanian – 25%
· Pembuatan – 19.3%
· Perdagangan – 14.4%
· Perkhidmatan – 10.15%
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)
Matlamat utama:
l
Merupakan peringkat kedua pelaksanaan DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan

jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bendar-bandar baharu.
l
Penekanan kepada isu alam sekitar dan keselamatan Negara.

Strategi yang dilakukan:
l
Sebanyak 28 buah Bandar dibina di bawah rancangan KEJORA, KETENGAH, DARA

pada tahun 1980.
l
Badan-badan berkanun seperti MARA, FELDI, PERNAS, UDA dan RISDA

meneruskan usaha-usaha pembangunan.
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)
Dilancarkan semasa Negara mengalami masalah kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga bijih timah dan getah dunia.
Matlamatutama:
l
Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar Bandar.

l
Sektor baharu diperkenalkan, iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelabuhan

modal.
Strategi yang dilakukan:
l
Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)

l
Membuka kawasan perindustrian baharu seperti Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal

dan Likas.
l
Membuka kawasan perdagangan bebas seperti Bayan Lepas.

l
Memperkenalkan program Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk

Industri (PIP).
KDNK berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada RM3,171 juta pada tahun 1980 kepada RM4,609 juta pada tahun 1985. Selain itu, kereta nasional pertama Proton Saga dikeluarkan.
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)
Matlamat utama:
²
Mencapai perpaduan Negara.

²
Mencapai objektif DEB.

²
Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik syarikat, perlesenan dan


aktiviti ekonomi yang lain.
² Meningkatkan pelaburan asing terutama dalam sektor eksport.
²
Menggalakkan sektor pertanian dan luar Bandar.

Strategi yang dilakukan:
²
Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan

pendapatan dan kekurangan guna tenaga.
²
Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran, pengurusan,

keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
²
Menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia.

²
Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991-1995)

Penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik
Matlamat utama:
²
Mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi Negara.

²
Mengurus kejayaan ekonomi Negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai.

Strategi bagi mencapai RMK6 adalah:
²
Meningkatkan daya kecekapan daya saing ekonomi dan menggalakkan sektor swasta

supaya memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi.
²
Mengekalkan dasar liberalisasi, pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk

memperbaiki iklim pelaburan.
²
Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih

dan keluaran yang lebih bermutu.
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (1966-2000)

Hasil pertanian juga menjana pendapatan negara
Matlamat utama:
²
Memberi penekanan semula kepada konsep pembangunan seimbang

²
Memperkenalkan strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh produktiviti

Tujuan:
Ø
Pembasmian kemiskinan

Ø
Pembangunan insfrastruktur

Ø
Penswastaan

Strategi yang dilakukan ialah:
Ø
Melaksanakan projek-projek yang dapat menjana pendapatan dan memperbaik

perhubungan seperti KLIA, Hubungan Kedua Malaysia-Singapura, MEASAT dan lain-
lain.
Ø
Menyediakan kemudahan bagi meningkatkan kualiti hidup golongan miskin.

Ø
Penempatan semula setinggan, projek perumahan kos rendah dan Program

Pembangunan Rakyat Termiskin.
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (2001-2005)
Matlamat utama:
Ø
Memperkukuh keupayaan, kebolehan dan keazaman Negara bagi menghadapi cabaran

masa hadapan.
Ø
Penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi

Strategi yang dilakukan ialah:
Ø
Menekankan peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama

melalui teknologi maklumat dan komunikasi.
Ø
Dasar penswastaan diperkukuhkan.

Ø
Menggalakkan pelaburan asing (FDI) terutama dalam sektor berteknologi tinggi

Tiga teras utama:
Ø
Mengubah strategi pertumbuhan berasaskan input kepada strategi yang didorong oleh

pengetahuan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran.
Ø
Mempercepat perubahan struktur sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.

Ø
Memperkukuhkan kestabilan sosioekonomi menerusi pengagihan pendapatan dan

kekayaan Negara secara saksama.
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2010)
Bidang teknologi dan ICT akan dipertingkatkan demi menjamin negara yang cemerlang
Matlamat utama:
Ø
Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan

Ø
Meningkatkan prestasi dan kemampuan Negara ketahap yang lebih cemerlang

Strategi yang dilakukan ialah:
Ø
Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin

di luar Bandar.
Ø
Meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera, pengagihan pendapatan antara kaumdan

Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Ø
Menyediakan kemudahan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.

RMK9 mempunyai lima teras utama:
Ø
Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.

Ø
Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk minda kelas

pertama.
Ø
Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina

dan produktif.
Ø
Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup.

Ø
Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (2011-2015)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rancangan Malaysia kesepuluh
Negara kita memerlukan model ekonomi yang baharu untuk terus maju ke hadapan. Satu anjakan paradigm diperlukan terutamanya dari segi ekonomi Negara dan dasar ekonomi kerajaan.
10 premis utama:
l
Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar Negara

l
Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena

antarabangsa.
l
Mentransformasi Negara kearah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

l
Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktivit idaninovasi.

l
Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan yang unggul.

l
Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

l
Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

l
Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

l
Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

RMK10: 5 TERAS STRATEGIK
Ø
Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan kearah mentransformasikan Malaysia dengan

mentodologi NKRA.
Ø
Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ø
Menuju kearah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Ø
Membangun dan mengekalkan modal insan bertarafdunia.

Ø
Mewujudkan persekitaran kondusif kearah mempertingkatkan kualiti hidup.

RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2016-2020)
Rancangan Malaysia Kesebelas telah dibentangkan oleh Y.A.B PerdanaMenteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak di parlimen pada 21Mei 2015. Rancangan Malaysia Kesebelas merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir kearah merealisasikan matlamat wawasan 2020. Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi Negara maju dalam semua aspek iaitu; ekonomi, politik, sosial dan kerohanian.
Matlamat utama:

Program yang telah dirancang di bawah Transformasi Nasional:
u
Program Transformasi Kerajaan

u
Program Transformasi Ekonomi

u
Program Transformasi Politik

u
Program Transfromasi Komuniti

u
Program Transformasi Sosial

u
Program Transfromasi Fiskal

Enam strategi tumpuan RMK11:
u
Memperkukuh inklusiviti kearah masyarakat yang saksama.

u
Meningkatkan kesejahteraan untuk semua.

u
Mempercepat pembangunan modal insan untuk Negara maju

u
Menuju kearah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampuan dan daya tahan

u
Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong perkembangan ekonomi.

u
Memperkasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan.

KESIMPULAN


RUJUKAN



LAMPIRAN